Sunday 24 February 2013

BUKU DAN SAYA HARI INI

HERO KAMPUNG TALANG karya Asrul Effendi

Walau sesusah manapun kehidupan ini kesabaran dan ketabahan menghadapi liku dan ranjau adalah resepi utama untuk mengecapi kebahagiaan. Kebahagiaan bukan terletak pada kemewahan wang ringgit dan harta yang melimpah ruah. Namun, kesihatan tubuh badan dan dipermudahkan urusan harian juga satu nikmat yang harus disyukuri.

Karya ini memaparkan kehidupan satu keluarga yang miskin meneruskan kehidupan dengan berhempas pulas mencari rezeki. Demi sesuap nasi si ayah mengambil upah menoreh getah, mencari madu lebah di hutan dan berniaga di pasar sehari.

Pertanian pada hari ini  bukan sekadar pertanian sahaja. Tetapi, dengan ilmu dan pengetahuan pertanian hari ini dapat memberikan pulangan. PERTANIAN ITU PERNIAGAAN.

No comments:

Post a Comment